jata kbs Agensi rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Axiata Arena

Kuala Lumpur Sports City

Axiata Arena adalah stadium tertutup serbaguna yang direka sebagai pusat sukan dan tempat bagi penganjuran acara seperti konsert, expo, perhimpunan dan persidangan. Rekabentuk bangunan yang yang berbumbung dan luas ini menggambarkan ciri-ciri berdaya universal.

Axiata Arena yang sebelum ini dikenali sebagai Stadium Putra merupakan venue bagi acara gimnastik ketika Sukan Komanwel XVI- Kuala Lumpur ’98.

Axiata Arena mampu menempatkan sejumlah 13,000 kerusi penonton yang tetap dan 3,000 kerusi mudah alih dan menjadikan stadium ini boleh memuatkan seramai 16,000 orang penonton. Lebih banyak tempat duduk boleh ditempatkan di kawasan arena sehingga membolehkan kapasiti tempat duduk melebihi 16,000.

Arena dalaman berbentuk segi empat tepat dibina seperti kotak hitam yang tiada telus cahaya boleh menembusi membolehkan pertunjukan dan acara sesuai diadakan pada siang hari. Saiz maksima arena adalah 69m x 35m. Dibantu oleh sistem bunyi berkuasa 103dB dan sistem lampu limpah di arena yang diprogramkan sehingga 2,000 kuasa lux yang direka untuk siaran langsung dan rakaman HD.

 

KLSC LAYOUT  ARENA LAYOUT