|
1.Soalan Apakah jenis acara yang berlangsung di KSN?
Jawapan Antara jenis acara yang berlangsung di KSN adalah acara sukan, konsert,pameran, karnival jualan, ekspo jualan, seminar, konvokenyen dan banyak lagi.
2. Soalan Apakah program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kompleks Sukan Negara?
Jawapan Antara program yang dianjurkan oleh Kompleks Sukan Negara untuk sepanjang tahun adalah Fiesta Futsal, Kejohanan Sepak Takraw Juara Putra, Urban Summer Camp dan Kejohanan Bola Jaring. Acara-acara ini dikenali sebagai acara program in-house yang dikendalikan oleh Cawangan Pembangunan Acara.
3. Soalan Bagaimanakah caranya untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh KSN?
Jawapan Anda boleh menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan KSN dengan mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di kaunter khidmat pelanggan KSN ,melalui laman web KSN, atau melalui pengiklanan di media cetak.
4. Soalan Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di KSN?
Jawapan Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah rekreasi renang, gelanggang skuasy, trek untuk olahraga, stadium hoki, gelanggang badminton, gelanggang bola jaring, gelanggang boling padang, gelanggang bola tampar pantai, bola keranjang. Selain itu terdapat juga peralatan gym di kaki Bukit Komanwel untuk kegunaan umum. Terdapat juga pusat sukan lasak iaitu paintball dan Golf Driving Range di Taman Sukan Ekstreme Nasional Bukit Jalil.
5. Soalan
Apakah kemudahan-kemudahan yag disediakan secara percuma kepada orang ramai untuk menggunakannya?
Jawapan
Antara kemudahan yang disediakan secara percuma kepada orang ramai adalah seperti gymnasium di Bukit Komanwel dan lokasi-lokasi untuk berekreasi seperti Persisir Sungai Kuyoh, Bukit Komanwel dan Taman Sukan Ekstreme Nasional. Walaubagaimanapun, orang ramai boleh menggunakan lain-lain kemudahan sukan secara percuma pada setiap hari Jumaat.
6. Soalan
Bagaimanakah caranya untuk saya membuat tempahan bagi menggunakan venue di KSN?
Jawapan
Tempahan Venue boleh dilakukan dengan mengisi borang tempahan venue dengan hadir ke Bahagian Pemasaran dan Jualan atau tempahan juga boleh dibuat melalui on-line atau menerusi telefon.
7. Soalan
Berapakah kadar sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan untuk menggunakan venue dan kemudahan di KSN?
Jawapan
Kadar sewa yang dikenakan berbeza mengikut jenis acara yang akan diadakan. Untuk maklumat yang lebih lanjut berhubung dengan kadar sewa penggunaan venue dan peralatan hendaklah berhubung terus dengan Bahagian Pemasaran dan Jualan di talian 03-89920888.
|