| Stadium Nasional |
|
Stadium yang berbentuk bulat bujur telur ini mempunyai keluasan 76,000 meter persegi. Bentuknya yang klasik seperti mangkuk ini diperindahkan lagi dengan binaan dramatik tempat duduk penonton yang setinggi tiga tingkat. Venue ini merupakan gelanggang kepada banyak acara olahraga, perlawanan bolasepak, upacara pembukaan dan acara-acara bersejarah. Sebagai sebuah venue pelbagaiguna, ia turut dapat memuatkan konsert, seminar, pameran, aktiviti hari keluarga, acara –acara korporat dan pelancaran produk. Anda dapat memerhatikan keris raksasa yang merupakan simbolik keberanian dan kepahlawanan Melayu yang menjadi mercutanda dataran stadium. Stadium ini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:-
Tambahan lagi, satu laluan terowong bersebelahan kompleks Majlis Sukan Negara membolehkan atlet-atlet memasuki Stadium Nasional selepas memanaskan badan dikawasan luar stadium. Setiap aspek pembangunan adalah didirikan berdasarkan perancangan yang terperinci dan bahan-bahan yang berkualiti. Struktur bumbungnya yang menarik adalah diperbuat daripada polyurethane lutsinar yang menghalang pertumbuhan kulat. Stadium ini dapat memuatkan seramai 100,000 orang penonton pada satu masa dengan 200 ruang untuk golongan kurang upaya. Tempat duduk orang kurang upaya terletak dibahagian pintu masuk yang berdekatan dengan tempat meletak kenderaan. Terdapat sesuatu yang istimewa dengan tempat duduknya. Kibaran bendera Malaysia, Jalur Gemilang dipamerkan melalui kombinasi tempat duduk yang berwarna-warni. Para penonton memasuki stadium melalui dataran utama yang berada diaras yang sama dengan plaza pejalan kaki yang mengelilingi stadium. Dua unit papan mata matriks video berwarna terletak dipenghujung sebelah utara dan selatan stadium. Satu dilengkapi dengan system penilaian keputusan dan pengaturan masa yang mmeberikan maklumat mengenai acara-acara dan para peserta, manakala satu lagi mmepunyai skrin tiub sinaran katod Secara umumnya stadium ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik persalinan, bilik mandi, bilik mengurut,bilik sauna, perkhidmatan kawalan keselamatan dan lain-lain keperluan yang berkaitan kepada penonton dan pasukan-pasukan yang bertanding. Pelan Stadium Nasional |
|






